POLISI ANTI-SUAPAN & ANTI-RASUAH (“ABC”)

1.0 PENGENALAN

  1. Elegant World (M) Sdn. Bhd. dan kumpulan syarikat (“Kumpulan”) dengan tegas menolak sebarang amalan suapan dan rasuah. Kumpulan menjunjung tinggi budaya berintegriti dan undang-undang terpakai berkaitan anti-suapan dan anti-rasuah. Senarai anak- syarikat adalah seperti berikut:-
    1. Elegant World (M) Sdn. Bhd.
    2. Elken Sdn. Bhd.
    3. Elken Global Sdn. Bhd.
    4. Elken Service Sdn. Bhd.
    5. Butbo Sdn. Bhd. dan
    6. Gene Express Sdn. Bhd.
  2. Polisi ini bermatlamat untuk membentuk rangka kerja dan parameter sebagai rujukan dan panduan kepada semua Pihak Bersekutu (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pengedar/ahli, pembekal, penyedia perkhidmatan, kakitangan) yang bekerja untuk atau dengan Kumpulan bagi pematuhan undang-undang berkaitan anti-suapan dan anti-rasuah.
  3. “Suapan” dan “Rasuah” didefinisikan sebagai sebarang tindakan menawarkan, menjanjikan, memberi, menerima atau meminta keuntungan tidak wajar atau apa-apa nilai penghargaan, (berbentuk kewangan atau bukan kewangan, secara langsung atau tidak langsung dan melanggar undang-undang terpakai), sebagai pendorong atau ganjaran bagi seseorang untuk bertindak atau menahan diri daripada bertindak dalam melaksanakan tugas.

2.0 PANDUAN BERKAITAN JENIS-JENIS SUAPAN DAN RASUAH

  1. Polisi Larangan Memberi Hadiah
    Syarikat mengamalkan “polisi larangan memberi hadiah” dimana semua Pihak Bersekutu dilarang memberi dan kakitangan dilarang menerima sebarang hadiah daripada pihak ketiga yang memiliki kepentingan perniagaan secara langsung atau tidak langsung terhadap Kumpulan. Perkataan “hadiah” didefinisikan sebagai apa juga bentuk harta benda (pen, kalendar, topi, beg, wang dan lain-lain) yang mempunyai kos atau nilai kewangan merangkumi makanan dan minuman tajaan, dan makanan yang ditaja oleh vendor, pesta atau tiket acara sukan dan/atau hiburan. Nota ucapan terima kasih, sijil atau apa sahaja pengiktirafan bertulis yang ditujukan kepada kakitangan adalah dibenarkan.
  2. Hiburan & Hospitaliti
    Syarikat menyedari bagi sebilangan budaya atau situasi, amalan bertukar hadiah menjadi bahagian penting dalam etika perniagaan. Walaubagaimanapun, Kumpulan melarang keras sebarang pemberian dan penerimaan hospitaliti dan/atau hiburan yang bertentangan dan melanggar undang-undang yang terpakai.
  3. Derma dan Tajaan
    Sebagai sebahagian komitmen Kumpulan dalam memberi bantuan kewangan atau bukan kewangan untuk inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, usaha yang wajar perlu diambil bagi memastikan sumbangan untuk persatuan atau organisasi yang dimaksudkan adalah sah dan bersesuaian dengan Polisi dan Prosedur Kewangan.
  4. Bayaran Sogokan
    Kumpulan melarang keras pemberian (sama ada secara langsung atau tidak langsung) apa-apa bayaran sogokan dan/atau pemerasan sebagai balasan bagi sebarang keuntungan perniagaan untuk Kumpulan.
  5. Konflik Kepentingan
    Konflik kepentingan timbul apabila matlamat seseorang diganggu ketika melaksanakan tugas atau membuat pertimbangan atas nama Kumpulan, berkaitan penerimaan atau pemberian manfaat (wang tunai atau dalam bentuk lain) yang boleh mencetuskan konflik terhadap kewajipan atau tugas mereka demi keuntungan peribadi yang boleh menentukan keuntungan Kumpulan.
  6. Pemerolehan
    Pemerolehan mesti dilaksanakan mengikut polisi Kumpulan, proses dalaman dan prosedur yang ditetapkan. Pihak Bersekutu dilarang menawarkan, menjanjikan, meminta, membayar atau menerima apa juga bentuk suapan atau bayaran sogokan sebagai sebahagian proses pemerolehan.
  7. Tender
    Sebarang proses bukaan tender melibatkan mana-mana syarikat perlu dilakukan secara adil, telus selaras dengan proses yang ditetapkan Kumpulan.

3.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT

  1. Kumpulan menggalakkan Pihak Bersekutu untuk melaporkan apa-apa yang disyaki memberi suapan/rasuah yang berlaku dalam perniagaan/pekerjaan, berserta bukti dan maklumat terperinci dihantar kepada abc.compliance@elken.com. Pemberi maklumat yang jujur akan dirashsiakan dan dilindungi daripada sebarang pemerasan. Sebarang aduan yang diterima tanpa identiti pemberi maklumat tidak akan dilayan.

4.0 PEMANTAUAN DAN KAJI SELIDIK

  1. Kumpulan akan melaksanakan penilaian risiko berkala dan mengkaji semula prosedur operasi standard (“SOP”) bagi Polisi Anti-Suapan dan Anti-Rasuah (“ABC”) anak syarikatnya sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tiga tahun untuk memastikan Kumpulan terus memiliki sistem pemantauan yang relevan, bersesuaian dan berkesan seiring dengan polisi ABC Kumpulan.
  2. Audit dalaman bagi pematuhan ABC Kumpulan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Sebarang bukti atau maklumat yang diperolehi akan diserahkan kepada jawatankuasa ABC untuk tindakan lanjut.

5.0 LATIHAN DAN KOMUNIKASI

  1. Kumpulan menyampaikan Polisi ABC ini kepada Pihak Bersekutu (mengikut keperluan dan kesesuaian) dan memberi latihan kepada kakitangan menerusi pelbagai saluran komunikasi bagi memastikan pematuhan ABC selaras dengan undang-undang yang ditetapkan. Salinan Polisi ABC boleh diperolehi menerusi laman web korporat Kumpulan.

6.0 PELANGGARAN DAN SIASATAN

  1. Kumpulan memandang serius setiap pelanggaran Polisi ABC dan/atau SOP yang ditetapkan dan sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran undang-undang terpakai yang dibuktikan sepanjang siasatan dijalankan akan dilaporkan kepada jawatankuasa ABC dan jika dibuktikan bersalah, pelaku berkemungkinan akan ditamatkan kontrak, digantung tugas/diberhentikan kerja atau mungkin akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).