KOD ETIKA AHLI ELKEN GLOBAL

Semua Ahli diperlukan untuk mematuhi Kod Etika Ahli Elken Global pada setiap masa seperti ketetapan berikut:

Aku Janji Ahli:

  1. Saya akan menjalankan Perniagaan Elken Global dengan kejujuran dan integriti tertinggi.
  2. Saya akan patuh pada Peraturan dan Undang-Undang Ahli Elken Global, Kod Etika, polisi syarikat, prosedur serta arahan pada setiap masa.
  3. Saya tidak akan melakukan sebarang penipuan dalam mempromosikan perniagaan syarikat yang mana boleh menjejaskan syarikat, rakan Ahli lain serta industri jualan langsung.
  4. Saya akan membentangkan Pelan Ganjaran Elken Global dengan tepat dan jujur serta mempamerkan usaha yang terbaik untuk mencapai kejayaan.
  5. Saya tidak akan membuat sebarang komen negatif dan merendah-rendahkan syarikat, kakitangan, pegawai, pengarah serta tidak memperlekehkan produk, pelan pemasaran dan pelaksanaan syarikat lain. Saya akan menghormati syarikat dan kakitangannya, Ahli lain serta industri jualan langsung secara amnya.
  6. Saya tidak akan menjual produk keluaran syarikat dibawah atau melebihi harga tetap yang telah disahkan.
  7. Saya tidak akan menggunakan nama-nama dagang, informasi, penulisan, bahan-bahan pengiklanan dan sumber yang dimiliki syarikat untuk kepentingan perniagaan lain atau tujuan yang tidak dibenarkan syarikat.
  8. Saya akan terus berusaha untuk memastikan pelanggan dan Ahli lain berpuas hati dengan produk syarikat dan perkhidmatan saya.
  9. Saya, secara aktif akan memberi galakkan kepada dowline saya agar mereka berjaya dalam perniagaan Elken Global.
  10. Saya tidak akan mengambil kesempatan dengan menggunakan kebaikan syarikat untuk mempromosikan usaha atau kepentingan perniagaan lain yang secara langsung atau tidak langsung bertentangan atau bercanggah dengan kepentingan syarikat.
  11. Saya tidak akan memberi bayaran atau menjanjikan pembayaran kepada mana-mana prospek atau Ahli bagi sebarang aktiviti pengambilan atau pendaftaran keahlian.