Sahut Segala Kemungkinan. Terokainya.

Elken Global diciptakan untuk ANDA. Alami peluang tanpa batasan dan berkongsi impian bersama syarikat kukuh yang telah bertapak selama 25 tahun.

Kisah Elken Global

Elken ditubuhkan pada tahun 1995 dengan visi untuk menjadi sebuah organisasi jualan langsung terkemuka di dunia yang memperkayakan kehidupan dengan memupuk dan memperkasa orang ramai untuk mencapai impian mereka. Elken telah memasuki era baharu dan menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun 2020.

Sepanjang 25 tahun yang lalu, kami telah memberi tumpuan kepada pembangunan manusia dari semua lapisan masyarakat – tidak kira umur, latar belakang, etnik atau bahasa – untuk merealisasikan impian mereka. Kami memupuk dan memperkasakan ahli kami melalui latihan yang berkualiti dan perkongsian pengetahuan, menyokong dan menemani mereka pada setiap langkah di perjalanan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Elken Global menawarkan lebih banyak peluang – kualiti hidup yang lebih baik dan sihat, lebih banyak kebebasan masa dan cara untuk membina kuasa kewangan masa depan yang kukuh, melalui sokongan pelan ganjaran memberi pulangan kepada orang atas usaha mereka.

Di Elken Global, kami mengutamakan kecemerlangan dalam diri insan, produk, penyelidikan dan inovasi, pembuatan dan pengedaran, perkhidmatan dan setiap aspek alam sekitar kami. Keghairahan dan keazaman kami berjaya menjadikan kami satu syarikat jualan langsung tempatan terbesar di Malaysia dan mencapai kedudukan antara 50 syarikat MLM terbaik di dunia, dan satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai di dalam senarai – 100 terbaik Global oleh Berita Jualan Langsung Amerika Syarikat (DSN Global 100).

Dengan rangkaian di 10 buah negara dan lebih daripada 1 juta pengedar, keunggulan kami ditemui pada beratus-ratus produk yang berkualiti, inovatif dan telah memenangi pelbagai anugerah dalam kategori Kesihatan, Kecantikan dan Perkakas Rumah. Budaya yang mementingkan kecemerlangan dan dedikasi kepada kualiti yang kukuh telah berjaya menempatkan kami dalam senarai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa.

Visi kami di Elken Global adalah elemen yang menyatukan kami. Kami berjuang bersama untuk membina insan, keluarga dan masyarakat dalam memperkaya kehidupan mereka, dan mereka pula boleh membina orang lain untuk membantu mereka merealisasikan impian.

Kekuatan Elken Global – insan, produk, peluang, budaya dan nilai kami – adalah yang membezakan kami daripada orang lain. Kami akan terus maju ke hadapan serta memegang teguh kepada prinsip asas dan membina insan, di samping terus menetapkan standard kami.

Visi Kami

Memperkayakan kehidupan bersama.

Misi Kami

Untuk menjadi sebuah organisasi jualan langsung terkemuka di dunia yang memberikan peluang, produk, servis dan pengetahuan yang berkualiti.

Nilai Kami

Nilai – nilai kami membentuk budaya dan membimbing kami ke arah kehidupan yang lebih baik.

Inovasi: Inovasi adalah penetapan minda dan kesediaan melakukan sesuatu yang lebih baik dan berbeza.

Kualiti: Kualiti merangkumi Masyarakat, Produk dan Servis. Inilah cara hidup kami.

Integriti: Integriti adalah ciri khas kami. Kami mematuhi standard etika dan perilaku yang tertinggi.

Rasa Hormat: Kami mengiktiraf kepelbagaian sebagai suatu aset dan menghormati ciri-ciri unik dari pekerja, pihak berkepentingan, komuniti dan persekitaran kami.

Semangat: Kami menyokong sikap pemenang yang memberikan kecemerlangan. Kami bersemangat memberikan penambahbaikan berterusan & bersedia untuk melakukan perubahan.

Rencanakan Hidup Anda