PERATURAN & UNDANG-UNDANG AHLI - old

1. Pengenalan

Peraturan & Undang-undang berikut digubal dengan tujuan mempertahankan hak-hak kepentingan dan mengawal tanggungjawab ahli-ahli (“Ahli”) dan bukannya bertujuan untuk menghalang aktiviti perniagaan para ahli. Demi membentuk diri anda menjadi seorang Ahli yang bertanggungjawab serta beretika, anda harus memahami dan mematuhi Peraturan & Undang-undang ini, yang mana mempunyai objektif dalam membina satu persekitaran perangkaian perniagaan yang sihat demi perniagaan berjangka panjang dan berkeuntungan, menggalakkan kesatuan dan keharmonian positif dalam kalangan para Ahli, dan antara Ahli dengan Elken Global (“Syarikat”). Kekuatan dan kejayaan anda sebagai seorang Ahli adalah usaha kolektif, yang berasaskan pada perkongsian komitmen dan kepercayaan yang wujud antara Syarikat dan para Ahli.

Adalah tanggungjawab setiap Ahli untuk; (i) membaca, memahami, mematuhi dan memastikan bahawa ia peka dan beroperasi di bawah versi Peraturan & Undang-undang yang terkini; (ii) mengemas kini butiran untuk dihubungi dan alamat surat-menyurat/e-mel masing-masing kerana Syarikat akan menghantar komunikasi kepada alamat terakhir Ahli seperti yang tersimpan di dalam pangkalan data maklumat Syarikat. Setiap Ahli bersetuju bahawa perhubungan antara seorang Ahli dengan Syarikat adalah berkontrak keseluruhannya. Maka, Syarikat tidak akan mengakui sebarang tuntutan oleh seseorang Ahli bahawa perhubungan tersebut adalah atau telah bersifat kuasi-kontrak, telah ditimbulkan oleh implikasi daripada sebarang amalan berterusan atau aksi, telah diberikan kuasa secara lisan oleh mana-mana pekerja Syarikat dalam percanggahan dengan Peraturan & Undang-undang atau polisi, atau selain diimplikasikan menurut undang-undang.

Peraturan & Undang-undang dalam bentuk yang sedia ada kini dan seperti yang dipinda oleh Syarikat dari masa ke masa adalah diperbadankan ke dalam dan membentuk sebahagian penting daripada Borang Permohonan Ahli serta kontrak Syarikat dan Ahli. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana peraturan mungkin akan mengakibatkan penamatan keahlian anda.

1.1 Kod Etika Ahli

Semua Ahli adalah dikehendaki untuk mematuhi Kod Etika Ahli pada setiap masa, seperti yang dinyatakan berikut:

  1. Saya akan sentiasa bersikap jujur dan berintegriti dalam menjalankan Perniagaan Elken Global
  2. Saya akan mematuhi Peraturan & Undang-undang, polisi syarikat, prosedur, Kod Etika, dan arahan sepanjang masa.
  3. Saya akan secara aktif melatih dan menggalakkan ‘downline’ ke arah kejayaan dalam perniagaan Elken Global.
  4. Saya tidak akan mengambil jalan mudah dengan melakukan sebarang penipuan dalam mempromosikan perniagaan Syarikat, rakan Ahli dalam kalangan industri jualan langsung.
  5. Saya akan membentangkan Pelan Ganjaran Elken Global dengan tepat dan jujur, secara jelas menggambarkan tahap usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan.
  6. Saya tidak akan memanfaatkan niat baik Syarikat dengan mempromosikan pernigaan/kepentingan lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam persaingan atau bertentangan dengan kehendak Syarikat.
  7. Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan negatif atau fitnah tentang Syarikat, pekerja, pengarah produk atau syarikat, pelan pemasaran atau ciri-ciri daripada syarikat lain. Saya akan menghormati Syarikat serta perniagaan jualan langsung secara keseluruhan.
  8. Saya tidak akan menjual produk-produk Syarikat pada harga yang lebih rendah atau lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh pihak Syarikat.
  9. Saya tidak akan menggunakan nama dagangan, maklumat, literasi, bahan pengiklanan dan sumber Syarikat untuk kepentingan perniagaan lain yang tidak dibenarkan oleh Syarikat.
  10. Saya tidak akan membuat sebarang bayaran atau berjanji untuk membayar mana-mana prospek atau Ahli sebagai balasan mendaftar keahlian atau medaftar sebarang aktiviti Syarikat.
  11. Saya akan terus berusaha untuk memastikan bahawa pelanggan saya dan para Ahli berpuas hati dengan produk Syarikat dan perkhidmatan saya.

1.2 Status Kontraktor Bebas

  1. Seseorang Ahli tidak boleh mengaku atau memperkenalkan diri sebagai francais, rakan kongsi, ejen atau wakil Syarikat dan juga tidak berhak untuk berunding atau memberi kontrak bagi pihak Syarikat atau mengakui dirinya mempunyai hak tersebut.

2. Menjadi Ahli

2.1 Kelayakan

  1. Mana-mana individu, had umur yang layak di sisi undang-undang dan bermastautin di Malaysia layak memohon sebagai Ahli dengan melengkapkan Borang Permohonan Ahli melalui secara manual dalam talian atau e-pendaftaran dan melampirkan Salinan Kad Pengenalan atau Pasport. Sebarang permohonan yang menggunakan nama syarikat atau pihak ketiga tidak akan diterima.
  2. Pihak Syarikat berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang notis atau alasan.
  3. Seseorang Ahli tidak boleh merupakan seorang ejen, wakil, kakitangan atau pasangan kepada kakitangan Syarikat.
  4. Semua permohonan seseorang ahli mesti ditaja oleh seorang penaja yang telah menjadi Ahli sah yang sudah berdaftar.
  5. Semua Keahlian bersifat tunggal. Seseorang Ahli boleh memiliki atau mempunyai faedah pemilikan dalam satu keahlian sahaja, kecuali apabila seseorang Ahli sedia ada membeli keahlian orang lain.
  6. Pasangan berkahwin dibenarkan untuk mengekalkan dua keahlian yang berlainan di bawah garis penajaan yang sama, dengan syarat mereka ditaja secara langsung oleh pasangannya.

3. Tempoh Jangka dan Pembaharuan

3.1 Jangka

  1. Sebaik sahaja pendaftaran melalui Borang Permohonan Ahli dilengkapkan, tempoh sah keahlian adalah selama 52 minggu. Keahlian hanya akan diaktifkan setelah memenuhi syarat-syarat pengaktifan di bawah Pelan Ganjaran Elken Global.
  2. Ahli berhak untuk membatalkan/menamatkan Perjanjian setelah pemberitahuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Syarikat sama ada dalam “tempoh bertenang” (iaitu 10 hari bekerja dari tarikh penyertaan/pembelian) atau melalui pengunduran diri dari keahliannya pada bila-bila masa, selepas itu, downline Ahli akan dipindahkan ke penaja.
  3. Seorang ahli boleh memohon semula menjadi Ahli baru setelah tamat keahliannya (iaitu 52 minggu dari pembelian terakhir atau 6 bulan setelah Syarikat menerima surat penamatan keahliannya), mana yang lebih awal.

3.2 Pembaharuan

  1. Ahli dikehendaki untuk memperbaharui Keahliannya setiap tahun dengan membayar yuran pembaharuan sebanyak MYR42 pada atau sebelum tempoh 52 minggu dari tarikh penyertaan atau pembelian.

4. Perubahan/Penukaran Penajaan & Penempatan

4.1 Prinsip Penajaan

  1. Mengikut polisi Syarikat, semua Ahli tidak dibenarkan untuk menukar penaja sama sekali. Sebarang permohonan yang bertujuan untuk menukar penaja akan ditolak kecuali terdapat kesalahan penempatan Ahli dan tertakluk kepada syarat yang dinyatakan di dalam klausa 4.3 di bawah.
  2. Mengikut polisi Syarikat, seseorang Ahli tidak boleh ditaja oleh dua atau lebih keahlian. Perbuatan demikian boleh menyebabkan keahlian mereka ditamatkan.
  3. Permohonan untuk menukar penaja atau perubahan penempatan (kecuali Artikel 4.4) atau perubahan seluruh kumpulan adalah tidak dibenarkan.

4.2 Penajaan Bersilang

  1. Tiada tajaan bersilang keahlian dibenarkan. Penajaan bersilang dalam konteks ini bermaksud:
    1. Mendaftar keahlian seorang Ahli yang sedia ada atau seseorang dari kumpulan lain atau sideline, ahli yang bukan tajaan langsung dari syarikat-syarikat berkaitan dalam Kumpulan Elken.
    2. Menaja di bawah penaja lain untuk menjalankan perniagaan sementara keahliannya masih sah.
    3. Membenarkan orang lain atau saudara-mara untuk menggunakan keahlian sendiri untuk tujuan perniagaan.
  2. Apabila tajaan silang berlaku, tindakan berikut akan diambil:
    1. Keahlian Ahli yang mendaftar sebagai ahli di kumpulan lain akan ditamatkan.
    2. Ahli yang terlibat akan dipindah milik semula kepada penaja asalnya.
    3. Jika Ahli “A” didapati menggunakan keahlian orang lain atau saudaranya “B” untuk menjalankan perniagaan, keahlian ”B” akan ditamatkandan semua semua downlinenya akan dipindahkan kepada “A”.
  3. Syarikat berhak:
    1. Menahan pembayaran komisen/bonus dan menggantungkan semua manfaat atas sebab Ahli tersebut ingkar; dan/atau
    2. Menamatkan keahlian Ahli tersebut mengikut budi bicara Syarikat.

4.3 Peraturan Penempatan

  1. 2 penempatan downline tajaan pertama adalah secara automatik dan Penaja hanya boleh menempatkan semua downline berikutnya yang mereka taja secara peribadi di bawah akaunnya yang ada dalam kumpulan downline.
  2. Penaja tidak boleh menempatkan seorang downline di penempatan yang bercanggahan dengan klausa 4.1 dan 4.2 seperti yang ternyata di atas.
  3. Sekiranya arahan penempatan daripada penaja adalah tidak jelas, salah, bertentangan dengan Peraturan & Undang-undang (termasuk Pelan Ganjaran) atau tiada arahan penempatan diberikan sama sekali atau penempatan asal akan ditetapkan maka akaun downline akan diletakkan pada posisi kosong pertama akaun penajanya.

4.4 Perubahan/Pembetulan Penempatan

  1. Dengan persetujuan bertulis penaja semasa, Ahli boleh membuat permohonan bertulis kepada Ibu Pejabat Syarikat untuk memohon untuk membuat satu (1) kali perubahan atau pembetulan penempatan penaja dalam tempoh 3 hari dari tarikh penyertaan Ahli.

5. Perwakilan & Obligasi

5.1 Perwakilan

  1. Ahli tidak dibenarkan untuk menetapkan atau menyatakan bahawa mereka mempunyai wilayah eksklusif di kawasan untuk rekrut dan/atau menjual produk Syarikat.
  2. Ahli tidak dibenarkan mendaftarkan atau mencuba untuk mendaftarkan seseorang individu tanpa pengetahuannya atau mendaftarkan atau mencuba untuk mendaftarkan seseorang individu yang tidak wujud (rekaan) sebagai seorang Ahli atau melengkapkan Borang Permohonan Ahli bagi pihaknya dengan cara penipuan.
  3. Ahli mesti menunjukkan Pelan GanjaranElken Global rasmi yang disahkan oleh Syarikat dan versi Peraturan & Undang-undang yang paling terkini kepada mana-mana prospek/individu yang mereka taja untuk menjadi ahli sebelum menandatangani Borang Permohonan Keahlian. Salinan dokumen ini boleh didapati di laman web Syarikat di www.elkenglobal.com
  4. Ahli tidak boleh merekrut prospek untuk menyertai dalam peluang perniagaan Syarikan melalui atau bersama dengan program lain, skema pemasaran rangkaian atau menggunakan cara selain yang disediakan secara khusus dalam penerbitan rasmi Syarikat.

5.2 Obligasi

  1. Ahli hendaklah memperkenalkan diri dengan mengemukakan kad keahlian sebelum menjalankan perniagaan mereka.
  2. Ahli diwajibkan mengikuti kursus latihan selain memberi bimbingan, latihan dan pengawasan yang mencukupi kepada downline dan Ahli yang ditaja untuk memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh mereka mematuhi Peraturan & Undang-undang.
  3. Keahlian tanpa mengira tahap pencapaian mereka mempunyai kewajipan untuk terus mempromosikan jualan secara peribadi melalui pelanggan baru kepada Syarikat dan melalui perkhidmatan pelanggan yang sedia ada.
  4. Ahli wajib memberikan resit kepada setiap pelanggan dan menyimpan rekod lengkap dan tepat mengenai semua urusan perniagaan.
  5. Ahli bertanggungjawab untuk membuat pembayaran cukai yang berkaitan dengan pendapatannya menurut perundangan/undang-undang cukai tempatan yang berkenaan.
  6. Ahli-ahli harus mematuhi kesemua undang-undang, perundangan, undang-undang dan ordinan yang berkenaan yang melibatkan operasi perniagaannya di dalam negara kediaman masing-masing.

6. Pelanggaran Peraturan & Undang-undang

6.1 Tindakan yang Dilarang

Ahli tidak dibenarkan:

  1. Menanggung sebarang liabiliti atau hutang dengan nama atau di atas nama Syarikat;
  2. Membuat, mengubah suai, menukar atau menamatkan sebarang kontrak di atas Syarikat;
  3. Menjalankan perundingan, menyetujui sebarang kontrak dan/atau perjanjian untuk dan bagi pihak Syarikat;
  4. Menaja atau meminta atau mencuba untuk menaja atau meminta Ahli Syarikat, kakitangan, konsultan, pengeluar, pembekal atau sesiapa terlibat dalam perdagangan, perniagaan atau profesion yang merupakan atau bertentangan dengan kepentingan Syarikat dan/atau mengubah atau menamatkan pekerjaan atau hubungan perniagaan dengan Syarikat;
  5. Meminta Ahli Syarikat untuk membeli sebarang produk selain keluaran Syarikat atau peluang atau peluang perniagaan atau melibatkan diri dalam sebarang perdagangan, perniagaan dan profesion yang merupakan persaingan Syarikat. Walau apa pun yang dinyatakan sebelumnya, peruntukan ini tidak tertakluk kepada perniagaan/perdagangan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bersekutu dan berkaitan lain dalam Kumpulan Elken;
  6. Melibatkan diri atau berminat secara langsung atau tidak langsung sebagai,ketua, ejen, orang upahan atau pemegang lesen dalam penjualan sebarang produk atau profesion yang merupakan persaingan Syarikat atau subsidiarinya di dalam atau luar negeri. Walau apa pun yang dinyatakan sebelum, peruntukan ini tidak terpakai kepada perniagaan/perdagangan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bersekutu dan berkaitan lain dalam Kumpulan Elken;
  7. Mempengaruhi Ahli, kakitangan atau ejen Syarikat atau anak syarikatnya yang sedia ada dalam apa jua cara yang mungkin merugikan, bersifat prejudis, memburukkan atau mungkin menjejaskan operasi atau imej Syarikat;
  8. Terlibat dalam sebarang kenyataan media mengenai maklumat korporat yang berkaitan dengan Syarikat (termasuk temu bual peribadi yang dibenarkan) kepada surat akhbar/majalah/media lain tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu;
  9. Melanggar sebarang terma yang tertera dalam Peraturan & Undang-undang, Kod Etika, polisi Syarikat, prosedur, arahan atau sebarang undang-undang yang berkaitan dan peraturan, termasuk tetapi tidak terhad pada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan Akta Penjualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (“DS(APS)”) dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

6.2 Melaporkan Pelanggaran

  1. Setiap ahli diwajibkan untuk mematuhi dan mengekalkan integriti Peraturan & Undang-undang. Sekiranya seseorang mengetahui bahawa Ahli lain melakukan sebarang tindakan yang melanggar Peraturan & Undang-undang, ahli harus melaporkan pelanggaran tersebut kepada Syarikat dengan membekalkan maklumat dan bukti yang berkaitan perbuatan pelanggaran tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Pelanggan & Sokongan.

6.3 Prosedur Pembetulan, Penggantungan dan Penamatan Akibat Pelanggaran Peraturan & Undang-undang

Pelanggaran Peraturan & Undang-undang merupakan suatu isu yang serius dan membentuk merupakan perlanggaran perjanjianoleh Ahli. Perbuatan ini bukan sahaja mengakibatkan kesan yang negatif terhadap Ahli yang terlibat, tetapi juga Ahli lain. Hal ini juga mungkin akan menjatuhkan imej serta memberi tanggapan negatif terhadap Syarikat, Ahli, rakan kongsi perniagaan, pegawai, pemegang saham, Lembaga Pengarah dan ejen kepada pihak media dan pihak berkuasa. Syarikat berusaha membimbing dan memberikan nasihat supaya keadaan ini dapat keadaan ini dapat diperbetulkan, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli yang terlibat. Sekiranya berlaku perlanggaran, berikut adalah prosedur yang harus dipatuhi:

  1. Jika terdapat pelanggaran Peraturan dan Undang-undang, segera laporkan aduan kepada Syarikat. Pengadu boleh menghantar e-mel kepada Jabatan Khidmat Pelanggan dengan memberikan maklumat dan butiran yang berkaitan dengan perbuatan pelanggaran yang dilakukan. Pengadu juga harus memaklumkan kepada penajanya mengenai aduan yang dikemukakan terhadap Ahli tersebut.
  2. Setelah menerima aduan, Syarikat akan memaklumkan kepada Ahli yang melakukan perlanggaran mendapatkan maklum balas yang segera serta memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan tuduhan pelanggaran tersebut.
  3. Jika Syarikat mendapati bahawa maklumat yang dibekalkan oleh pengadu dan/atau Ahli tersebut tidak mencukupi, Syarikat berhak untuk menuntut maklumat lanjut daripada mereka. Syarikat berhak menahan komisen di bawah Pelan Ganjaran Elken Global dan kempen produk dan insentif, atau menarik balik kemudahan dan keistimewaan Ahli (jika ada) sementara menunggu keputusan akhir penyiasatan.
  4. Setelah memperoleh semua maklumat tentang pelanggaran yang dituntut oleh pengadu, Syarikat akan berbincang dengan Ahli yang terlibat untuk memastikan bahawa pelanggaran tersebut tidak akan berulang. Jika perlu, aduan yang dikemukakan akan diserah untuk perbincangan yang lebih lanjut oleh Syarikat dengan perundingan pihak Pengurusan.
  5. Setelah meneliti fakta, graviti dan sebarang keadaan yang disebabkan oleh pelanggaran Borang Permohonan Ahli dan Peraturan dan Undang-undang, Syarikat akan bertindak mengikut prinsip tidak berat sebelah, boleh menggantung atau menghentikan keahlian Ahli berkenaan dengan memberi notis bertulis melalui penghantaran surat berdaftar pada alamat terakhir dan atau emel Ahli tersebut. Bukti resit penghantaran surat berdaftar akan dianggap sebagai bukti penerimaan.
  6. Sekiranya berlaku penangguhan keahlian, keterangan ringkas mengenai aduan yang diterima akan diajukan kepada ahli, selain itu, menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membaiki tingkah laku dan juga jangka masa pematuhan.
  7. Kegagalan untuk mematuhi langkah-langkah membaiki tingkah laku dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menyebabkan penamatan keahlian ahli tersebut.
  8. Syarikat berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli yang diberhentikan dan menuntut ganti rugi atas sebarang kerosakan dan kos undang-undang, jika ada.
  9. Syarikat berhak untuk mengubah atau meminda mana-mana bahagian prosedur di atas bila perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

6.4 Kesan Penggantungan dan Penamatan

  1. Ahli boleh memilih untuk menggantung keahliannya dengan menghantar notis bertulis kepada Syarikat. Dengan itu, ahli harus menunggu sehingga penamatan keahliannya (52 minggu dari pembelian terakhir dibuat) sebelum memohon semula sebagai ahli.
  2. Penolakan penghantaran atau permintaan pengembalian produk yang sebelumnya dibeli untuk pengembalian wang akan dianggap sebagai pergantunggan sendiri.
  3. Ahli yang telah menggantung atau menamatkan keahliannya:- (i) tidak dibenarkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, memasuki premis Syarikat, membeli produk, mengadakan atau menghadiri perjumpaan atau insentif pelancongan, melibatkan diri dalam pembinaan atau perkembangan ahli dan prospek Syarikat; (ii) tidak memperkenalkan diri sebagai ahli Syarikat; (iii) tidak berhak mendapat status keahlian dan semua Pelan Ganjaran Elken Global, faedah dan hak (Pesanan tetap untuk pembelian di masa depan akan ditamatkan dan Syarikat boleh mengembalikan dana yang tidak digunakan (jika ada) setelah ditolak caj pentadbiran dan tidak akan memiliki tuntutan lagi terhadap Syarikat; (iv) tertakluk kepada budi bicara Syarikat, organisasi ahli dibawah tajaannya akan dipindahkan kepada penaja langsungnya; (v) berjanji tidak akan mempengaruhi Ahli, pekerja atau agen Syarikat yang sedia ada atau subsidiarinya dalam sebarang perbuatan yang mengganggu operasi, kerosakan reputasi dan kerugian kewangan kepada syarikat-syarikat yang sedia ada atau subsidiarinya.
  4. Syarikat berhak untuk menuntut ganti rugi daripada Ahli yang terdigantung atau ditamatkanterlucut keahlian sekiranya didapati melanggar Peraturan & Undang-undang atau telah menyertai mana-mana tindakan yang mungkin mengakibatkan atau telah menyebabkan kerugian dari segi kewangan atau selainnya kepada Syarikat.
  5. Bagi ahli yang telah meletak jawatan atau keahliannya digantung atau ditamatkan, boleh memohon keahlian yang baru setelah penamatan keahlian, penggantungan atau penamatannya tertakluk kepada persetujuan Syarikat dan Klausa 3.1 (c).Sesiapa yang membuat permohonan untuk menjadi Ahli Syarikat tidak boleh membuat tuntutan kepada mana-mana bonus/insentif, pangkat atau jawatannya, yang pernah dinikmati atau dipegang sebelum penggantungan/penamatan atau peletakan

7. Penjualan dan Penggantian Keahlian

7.1 Penjualan Keahlian

Penjualan keahlian tertakluk kepada kelulusan bertulis dari Ibu Pejabat Syarikat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Ahli yang berpangkat 3 Star Diamond dan ke atas yang berprestasi baik dalam Syarikat serta tidak melanggar sebarang Peraturan & Undang-undang sahaja boleh menjual keahlian mereka. Ahli mesti memohon kelulusan bertulis daripada Syarikat sebelum menjual keahliannya secara rasmi. Kelulusan adalah berasaskan kelayakan dan niat bakal pembeli untuk mengurus dan tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Syarikat.
  2. Penjualan keahlian hendaklah dikendalikan mengikuti susunan keutamaan berikut:
    1. Keutamaan pertama
      – Penaja langsung Ahli
    2. Keutamaan kedua
      – Salah seorang Ahli penaja
    3. Keutamaan ketiga
      – Salah seorang downline 3 Star Diamond yang ditaja oleh Ahli berkenaan
    4. Keutamaan keempat
      – Salah seorang Ahli Syarikat yang berpangkat 3 Star Diamond atau yang ke atas
  3. Setelah mendapatkan kelulusan bertulis ke atas penjualan daripada Syarikat, perjanjian jual beli mesti ditandatangani antara pembeli dan penjual. Yuran pemindahan sebanyak MYR210 beserta satu salinan perjanjian jual beli yang dicop sah harus diberikan kepada Syarikat untuk disimpan.
  4. Ahli yang telah menjual keahliannya hanya boleh memohon semula untuk menyertai sebagai Ahli Syarikat selepas setahun dari tarikh jualan. Dengan itu, ia akan bermula dari permulaan tanpa sebarang pautan dengan downline sebelumnya.
  5. Semua bonus terkumpul semasa keahlian sebelumnya akan dibayar kepada pemilik baru. Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan sebelumnya akan dipindahkan kepada pemilik baru, sekiranya pemilik baru merupakan seorang Ahli Syarikat. Walau bagaimanapun, pemilik baru harus mencapai kelayakan yang diperlukan sebelum ia layak untuk memperoleh mana-mana anugerah dan pengiktirafan ke atas keahlian yang dipindah milikan.
  6. Penjualan dan pembelian keahlian sedia ada atas tujuan untuk menukar keahlian adalah tidak digalakkan. Syarikat akan meneliti transaksi tersebut supaya tidak melanggar polisi penting yang lain.
  7. Syarikat berhak untuk tidak meluluskan sebarang jualan keahlian tanpa memerlukan sebarang alasan. Sebarang usaha yang tidak mematuhi seksyen ini akan menyebabkan pemindahan tersebut diisytiharkan sebagai batal dan tak sah.

7.2 Pewarisan

  1. Apabila Ahli meninggal dunia, hilang keupayaan bekerja atau menghadapi masalah kesihatan, keahlian akan dipindahkan kepada waris Ahli, seperti yang dinyatakan Polisi Penerima Manfaat Syarikat dan selaras dengan undang-undang relevan di negara terbabit.
  2. Ahli (yang bertindak sebagai pemindah milik) boleh memindah hak ahli jika berlaku kematian, memohon agar pemindahan nama orang lain ditambah kepada keahlian, penerima hak ahli mestilah merupakan saudara yang terdekat, iaitu suami/isteri, ibu bapa, anak, adik atau abang atau kakak kandung, dan pemindahan mesti dibukti dengan dokumen berkaitan. Nama pemindah milik harus dikekalkan keahlian sehingga kematiannya dan dokumen sokongan pelan estet mesti dikemukakan kepada Syarikat. Pemindahan tersebut adalah berasaskan kepada syarat dan peraturan Syarikat dan Syarikat berhak menolak pemindahan tanpa memberikan sebarang sebab.

8. Penjualan Produk dan Penentuan Harga

8.1 Perwakilan Jualan

  1. Integriti Pelan Ganjaran Elken Global dan keyakinan para Ahli lain hendaklah dipelihara setiap kerana Ahli harus memberikan maklumat tentang produk Syarikat dan Pelan Ganjaran Elken Global dengan jujur dan tepat.
  2. Ahli tidak boleh menyebarkan sebarang maklumat yang mengelirukan, tidak tepat dan tidak benar atau membuat perbandingan/kenyataan yang menfitnah, sama ada secara langsung atau dengan implikasi Syarikat dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan, melalui mana-mana rangkaian komunikasi. Sebarang perbandingan/kenyataan yang dibuat oleh Ahli hendaklah digunakan dalam konteks berdasarkan fakta-fakta yang berkaitan dan berasas dan bukan fakta-fakta yang tidak adil yang memesongkan kebenaran.
  3. Ahli tidak boleh membuat, menuntut, mewakili dan melibatkan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana produk Syarikat selain daripada yang terdapat dalam kandungan risalah dan/atau label Syarikat. Sekiranya reputasi Syarikat terjejas atau dirosakkan, Ahli yang berkenaan akan menanggung semua kos atau ganti rugi yang berbangkit disebabkan tindakan tersebut. Selain itu, mereka tidak boleh mengaitkan atau melibatkan Syarikat untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan kos atau kerosakan tersebut.
  4. Harus menjelaskan bahawa program Syarikat adalah berdasarkan kepada jualan produk Syarikat bukan terhadap pengambilan atau kemajuan pangkat dalam Pelan Ganjaran Elken Global. Ia harus dinyatakan bahawa hasilan komisen jualan adalah diperolehi melalui hasil pekerjaan secara bersungguh-sungguh dan usaha yang gigih dan Ahli tidak dibenarkan membuat tuntutan pendapatan yang berlebihan
  5. Semua kenyataan mengenai peraturan dan penggunaan produk mestilah diselaras dengan polisi yang ditetapkan oleh Syarikat.
  6. Ahli tidak boleh mengenakan pembelian minimum atau memaksa bakal ahli untuk membeli produk lebih banyak daripada yang boleh dijual, digunakan atau mengekalkan sejumlah produk yang tertentu sebelum menyertai Syarikat.
  7. Ahli tidak boleh membeli produk bagi pihak Ahli yang lain atau melalui penggunaan akaun Ahli yang lain bagi memenuhi syarat untuk kelayakkan komisen dan/atau bonus atau kenaikan pangkat di bawah Pelan Ganjaran Elken Global.
  8. Ahli hanya boleh menggunakan kad kredit atas nama mereka sendiri untuk sebarang pembelian dan hendaklah memastikan maklumat kad kredit adalah tepat dan mempunyai dana yang mencukupi untuk transaksi tersebut.

8.2 Penentuan Harga

  1. Ahli harus menjual produk kepada pelanggan pada Harga Runcit Pengguna (CRP). Hanya Ahli boleh menikmati produk Syarikat pada Harga Ahli (MP) dan pakej promosi rasmi yang ditawarkan Syarikat.
  2. Ahli adalah dilarang untuk mengurangkan atau menaikkan harga mana-mana produk Syarikat atas tujuan memperoleh keuntungan yang lebih atau merangsang prestasi penjualan. Tindakan ini mungkin menyebabkan tindakan undang-undang akan dikenakan atau perlucutan sebagai ahli Syarikat.
  3. Pengurangan dan peningkatan harga dalam konteks di atas bermaksud:
    1. Semua produk Syarikat harus dijual pada harga yang ditetapkan atau dibenarkan oleh Syarikat. Ahli tidak dibenarkan untuk meningkatkan atau mengurangkan harga sebarang produk.
    2. Ahli tidak dibenarkan untuk mengadakan promosi sendiri kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu.
    3. Produk yang diperoleh sewaktu promosi atau tawaran belian harus dijual pada harga yang ditetapkan atau dibenarkan oleh Syarikat.
    4. Ahli tidak dibenarkan untuk menghasut, menggalak, memaksa dan mengajar downline untuk menerima pembayaran balik bonus/komisen dalam persaingan harga.
    5. Ahli tidak dibenarkan untuk menjual semula produk Syarikat kepada downline, sideline dan kumpulan lain tanpa mengemukakan laporan jualan kepada Syarikat.
    6. Ahli tidak dibenarkan untuk membeli/menjual kepada kakitangan Syarikat dan sebaliknya.

9. Jaminan Produk dan Bayaran Balik

9.1 Jaminan Produk

Jika timbul sebarang ketidakpuasan, kecacatan pembuatan atau pembungkusan, Pelanggan/Ahli boleh memulangkan/menukar Produk dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian. Mereka perlu mengemukakan satu sebab yang munasabah dan memulangkan produk tersebut dengan salinan Resit Pesanan Pelanggan.

Selepas itu, Pelanggan/Ahli boleh memulangkan produk kepada Syarikat dan menukar dengan produk yang sama dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian. Produk yang dipulangkan mestilah berada dalam keadaan yang baik, masih boleh diguna, dijual dan dihidupkan, tidak dibuka, tidak diubah dan hayat simpanan belum luput lagi, Pelanggan/Ahli mesti melampirkan yang berikut semasa memulangkan produk:

  • Borang Pengembalian Produk (disertai Produk dan dinyatakan sebab pengembalian)
  • Salinan Invois/Pesanan Tunai dan Resit Pesanan Pelanggan

Namun, jaminan ini hanya diterima pada produk yang dibeli melalui laman web rasmi Syarikat dan/atau dari Ahli. Produk yang luput atau rosak kerana kecuaian, penyalahgunaan, penggunaan yang tidak disengajakan, kesalahan pengendalian atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan tidak akan diterima.

9.2 Bayaran Balik

Setelah menamatkan keahlian secara sukarela, Ahli boleh memohon untuk memulangkan mana-mana Produk Syarikat dalam tempoh 180 hari dari tarikh pembelian jika Produk adalah dalam keadaan baik, masih boleh diguna, dijual dan dihidupkan, tidak dibuka, tidak diubah dan hayat simpanan belum luput lagi.

Setelah diluluskan, jumlah yang dibayar balik akan bersamaan dengan kos Produk yang dipulangkan Ahli, ditolak jumlah bonus yang dibayar dalam pembelian asal, sebarang faedah/insentif yang dibayar di bawah sebarang kempen dan 10% caj perkhidmatan daripada Harga Produk Ahli untuk menampung kos pengendalian dan pengangkutan produk.

10. Tanda dagangan, Pengiklanan dan Media Sosial

10.1 Tanda dagangan

  1. Selain bahan-bahan cetakan yang dibekalkan dan/atau dijual kepada Ahli, Ahli tidak harus menggunakan nama Syarikat, logonya, tanda dagangan dan/atau bentuk perwakilan Syarikat lain tanpa kelulusan bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu. Apabila keahlian luput, digantung/ditamalucutkan, Ahli yang tersebut:
    1. Harus berhenti menggunakan semua logo tanda dagangan, dan/atau yang melambangkan Syarikat; dan
    2. Tidak menggunakan sebarang nama, lambang, label, alat tulis, nama produk, hak cipta, reka bentuk dan/atau sebarang bahan-bahan cetakan berkaitan dengan produk Syarikat.
  2. Ahli tidak dibenarkan mendaftarkan atau menggunakan sebarang nama, tanda dagangan, logo atau nama produk dalam sebarang laman web, URL, alamat, nama domain, media pengiklanan elektronik atau bentuk pengiklanan yang lain.

10.2 Pengiklanan

  1. Ahli tidak boleh mengiklankan produk Syarikat dan/atau Pelan Ganjaran Elken Global tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu kecuali menggunakan bahasa atau kandungan yang sama seperti yang digunakan dalam bahan-bahan cetakan Syarikat.
  2. Ahli tidak bole menyalin, mencetak semula atau memperibadikan sebarang/semua literasi dan bahan-bahan rasmi Syarikat tanpa memperoleh kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu. Semua bahan promosi yang dihasilkan sendiri mesti diluluskan secara bertulis daripada Syarikat sebelum penerbitannya.
  3. Semua produk Syarikat harus dijual dalam bentuk dan pembungkusan yang asal. Ahli tidak boleh mengubah, melabel semula, membungkus semula, membuat pukalan, membuka pukal, menjual dalam pek kecil atau sebaliknya mengubah sebarang produk Syarikat atau menjual sebarang produk di bawah nama dan label selain yang dibenarkan oleh Syarikat.
  4. Ahli perlu memperoleh kebenaran bertulis daripada Syarikat terlebih dahulu sebelum menjual, menyertai dan mempamerkan produk Syarikat di pameran atau konvensyen perdagangan.
  5. Ahli perlu memperoleh kebenaran bertulis Syarikat terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang temu bual media, memberi respon terhadap sebarang pertanyaan media atau mempromosikan produk atau peluang menyertai laporan akhbar atau penerbitan industri perdagangan.

10.3 Internet dan Media Sosial

  1. Ahli hanya boleh mempromosikan perniagaan Elken Global melalui program laman web replikasi Syarikat.
  2. Ahli mesti memperoleh kebenaran bertulis Syarikat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang platform sosial dalam talian, termasuk tetapi tidak terhad kepada blog, laman web, akaun Facebook untuk berkongsi pengalaman peribadi dan/atau pengalaman rangkaian anda. Maklumat yang dinyatakan dan/atau kandungannya harus mematuhi peruntukan Peraturan & Undang-undang.

11. Komisen dan Pembayaran Bonus

  1. Semua Bonus bulanan dibayar di bawah Pelan Ganjaran Elken Global adalah berdasarkan jualan produk Syarikat dan bukan berdasarkan kemasukan ahli baru atau kenaikan pangkat. Hanya keahlian yang Aktif dan telah Diaktifkan layak untuk komisen dan/atau bonus.
  2. Semua komisen mingguan dan/atau bonus yang dibayar di bawah Pelan Ganjaran Elken Global dan kempen dan isentif produk (jika ada) hanya akan dibayar atau dituntut tertakluk kepada pembayaran hutang yang perlu dibayar atau terhutang oleh Ahli kepada Syarikat atau kepada mana-mana anak syarikat atau syarikat berkaitan/bersekutu/bersama dalam Kumpulan Elken di bawah mana-mana akaun/akaun bersama, sama ada sebagai peminjam, penjamin, pemberi hak, atau sebaliknya dengan Syarikat atau mana-mana anak syarikat atau syarikat berkaitan/berkaitan/bersekutu dalam Kumpulan Elken. Ahli yang digantung atau diberhentikandar dengan tegas bersetuju bahawa jika ada hutang yang perlu dibayar atau terhutang oleh Ahli kepada Syarikat atau kepada mana-mana anak syarikat atau syarikat berkaitan/bersekutu/bersekutu dalam Kumpulan Elken di bawah mana-mana akaun/akaun bersama sama ada sebagai peminjam, penjamin, pemberi hak, atau sebaliknya dengan Syarikat atau mana-mana anak syarikat atau syarikat berkaitan/ bersekutu/berafiliasi dalam Kumpulan Elken, Syarikat mempunyai hak untuk mendebitkan komisen dan/atau memotong bonus yang perlu dibayar di bawah Pelan Ganjaran Elken Global dan sebarang kempen dan insentif produk, atau menarik balik atau kehilangan kemudahan dan keistimewaan Ahli (jika ada) terhadap sebarang liabiliti Ahli yang terhutang dan dibayar kepada Syarikat atau kepada mana-mana anak syarikat atau syarikat berkaitan/bersekutu/bersekutu Syarikat dalam Kumpulan Elken.
  3. Semua komisen dan/atau bonus mingguan akan dibayar dalam mata wang tempatan dalam tempoh 21 hari selepas berakhirnya setiap minggu kecuali Dividen Suku Tahun yang akan dibayar dalam tempoh 21 hari selepas berakhirnya setiap suku tahun. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga disebabkan faktor luaran yang di luar kawalan Syarikat mungkin mengakibatkan penangguhan beberapa hari.
  4. Pembayaran minimum untuk komisen ialah MYR42. Sebarang komisen yang dijana yang kurang daripada MYR42 akan dikumpulkan dan dibayar kepada Ahli apabila jumlahnya melebihi MYR42.
  5. Syarikat berhak mengenakan yuran sebanyak MYR84 untuk situasi berikut:
    i. Tiada aktiviti komisen untuk suatu tempoh 12 bulan dalam e-dompet Ahli;
    ii. Bayaran komisen yang ditangguhkan/tertangguh kelulusan disebabkan tindakan/pengecualian Ahli untuk tempoh 6 bulan.
  6. Setelah menerima Penyata Bonus mingguan, Ahli harus menyemak untuk memastikan bahawa angka adalah betul. Sebarang pertanyaan harus dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengeluaran penyata. Jika tidak, Penyata Bonus akan dianggap betul.
  7. Syarikat berhak untuk melaraskan semua komisen dan/atau bonus yang dibayar atau bakal dibayar sebagai ganti atas pemuulang/pengembalian produk dan komisen dan/atau bonus akan diselaraskan dengan sewajarnya dalam Penyata Bonus Ahli.

12. Peruntukan Am

  1. Sulit: Ahli-ahli tidak harus mendedahkan kepada pihak ketiga atau menggunakan maklumat yang sulit termasuk tetapi tidak terbatas kepada genealogi, maklumat pengeluar, komisen dan laporan jualan, spesifikasi atau rumusan produk dan maklumat perniagaan dan kewangan Syarikat lain yang diterima sama ada dalam bentuk elektronik atau bertulis untuk sebarang tujuan melainkan yang dibenarkan oleh Syarikat serta berhubung atau berkomunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan pembekal, penjual atau pengeluar kecuali dengan kebenaran bertulis Syarikat terlebih dahulu.
  2. Pengecualian: Kegagalan untuk menguatkuasakan atau memerlukan prestasi pada bila-bila masa, mana-mana satu peruntukan yang tertera dalam Peraturan & Undang-undang ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pengecualian peruntukan tersebut, dan tidak akan mempengaruhi kesahihan Peraturan & Undang-undang ini atau mana-mana bahagiannya atau hak mana-mana pihak untuk menguatkuasakan setiap satu peruntukan selaras dengan terma Peraturan & Undang-undang ini. Sebarang pengecualian oleh Syarikat hanya memberi kesan secara bertulis oleh kakitangan yang ditauliahkan oleh Syarikat.
  3. Indemniti: Ahli-ahli harus melindungi dan membebaskan Syarikat, pemegang saham, pegawai, pengarah, kakitangan dan ejennya daripada sebarang/semua tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, kos atau perbelanjaan, termasuk tetapi tidak terbatas kepada, kos mahkamah dan kos guaman yang dikuatkuasakan terhadap atau dibebankan atau ditanggung oleh salah satu dakwaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada atau berkait dengan atau berhubung dengan dakwaan atau selainnya, Ahli: (a) aktiviti sebagai Ahli; (b) Pelanggaran terma Perjanjian; dan/atau (c) kegagalan untuk mematuhi undang-undang, perundangan/undang-undang atau peraturan yang berkenaan. 
  4. Had Liabiliti: Seperti yang dibenarkan undang-undang, Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas, dan Ahli membebaskan Syarikat daripada, dan mengecualikan semua tuntutan untuk sebarang kerugian, yang bersifat tidak langsung, langsung, kerosakan khas atau lanjutan atau sebarang kerugian lain yang ditanggung atau dibebankan oleh Ahli kesan daripada: (a) pelanggaran Perjanjian, Peraturan & Undang-undang, polisi, prosedur, Kod Etika, arahan, terma dan syarat daripada Manual Panduan Perniagaan, dan/atau Pelan Ganjaran Elken Global oleh Ahli; (b) Operasi perniagaan Ahli; (c) sebarang data atau maklumat yang tidak disengajakan, tidak tepat atau salah yang dibekalkan oleh Ahli; (d) pelanggaran sebarang hak cipta berkaitan bahan-bahan yang dibekalkan oleh Ahli; atau (e) kegagalan Ahli untuk membekalkan sebarang maklumat atau data yang diperlukan Syarikat untuk tujuan operasi perniagaan termasuk tetapi tidak terbatas kepada pemasaran dan promosi Produk Syarikat dan/atau penyertaan dan penerimaan mana-mana individu sebagai Ahli Syarikat atau pembayaran komisen dan bonus. 
  5. Had Kerugian: Seperti yang dibenarkan undang-undang, Syarikat, sekutunya, pegawai, pengarah, pemegang saham, kakitangan dan wakil lain tidak akan bertanggungjawab atas, dan setiap Ahli dengan ini membebaskan yang tersebut di atas, dan mengecualikan semua tuntutan atas kehilangan keuntungan, kerugian yang bersifat sampingan, khas atau lanjutan atau ganti rugi teladan yang terjadi kesan daripada sebarang tuntutan sekalipun berkaitan prestasi atau kegagalan Syarikat, tindakan pengecualian berkaitan hubungan perniagaan atau perkara lain antara Ahli dan Syarikat sama ada dalam kontrak, salah laku atau liabiliti ketat. Tambahan, persetujuan dicapai yang mana sebarang kerugian terhadap Ahli tidak melebihi dan dengan ini secara nyata terhad kepada jumlah Produk Syarikat yang tidak terjual yang dimiliki oleh Ahli dan sebarang komisen dan/atau bonus tertunggak kepada Ahli.
  6. Force Majeure: Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas penangguhan atau kegagalan dalam prestasi yang disebabkan keadaan di luar kawalan Syarikat termasuk tetapi tidak terbatas kepada mogok, masalah tenaga kerja, kebakaran, peperangan, perintah atau arahan kerajaan atau pengurangan sumber bekalan biasa oleh salah satu pihak. 
  7. Keseluruhan Perjanjian: Perjanjian, Peraturan & Undang-undang dan Pelan Ganjaran Elken Global secara kolektif membentuk keseluruhan Perjanjian antara Ahli dengan Syarikat.
  8. Notis: Setiap notis, tuntutan atau apa-apa jua jenis komunikasi lain yang diberi/dibekalkan oleh sama ada Syarikat atau Ahli harus secara bertulis dan dihantar dengan komunikasi elektronik, sama ada teks, telegram, emel atau faks (jika disahkan secara bertulis untuk dihantar ke surat berdaftar atau dengan perkhidmatan peribadi). Mana-mana pihak boleh menukar alamat untuk notis dengan memberi notis bertulis kepada pihak lain dengan cara yang dibekalkan dalam bahagian ini. Sebarang notis, tuntutan atau komunikasi sedemikian dianggap diberi atau dibekalkan pada tarikh yang diberikan perkhidmatan peribadi, pada tarikh pengesahan cara pengiriman jika melalui komunikasi elektronik, atau bukti lain bagi penghantaran melalui surat.
  9. Perubahan dan/atau Pemindaan: Ahli harus mematuhi Peraturan & Undang-undang, polisi, prosedur, Kod Etika, arahan dan sebarang pemindaan yang dilaksanakan Syarikat dari semasa ke semasa. Syarikat berhak untuk meminda/mengubah Terma Perjanjian, Pelan Ganjaran, Peraturan & Undang-undang, polisi, prosedur, Kod Etika dan arahan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Pemindaan akan disampaikan oleh Syarikat melalui penerbitan di laman web Syarikat dan berkuat kuasa dan mengikat bermula dari tarikh penerbitan. Jika sebarang konflik wujud antara dokumen/polisi sebelumnya dan pemindaannya, pemindaan adalah sah dari segi undang-undang.
  10. Jika mana-mana bahagian Perjanjian tidak boleh dikuatkuasakan (termasuk sebarag peruntukan pengecualian liabiliti), penguatkuasaan perincian lain dalam bahagian tersebut akan kekal sah dan berkuat kuasa sepenuhnya.
Close Menu