Notis Privasi Elken Global

Notis bertulis ini bertindak untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak Elken dan data peribada anda telah, atau mungkin dikumpul pada masa depan, daripada maklumat yang anda bekalkan kepada kami dalam borang anda untuk menjadi Ahli Elken dan/atau semasa tempoh keahlian anda.

Data peribadi yang dikumpulkan dan diproses oleh kami mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, ID, kenalan, foto, gambar, perkongsian, keterangan dan data anda yang lain untuk tujuan berikut: –

  1. Memproses permohonan anda;
  2. Menghubungi anda dan menyokong keahlian anda atau menjalankan tinjauan dalaman serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti pemasaran, promosi dan pengiklanan;
  3. Memproses pembayaran, faedah dan/atau kemudahan pinjaman anda;
  4. Menjalankan pemeriksaan kredit/perdagangan terhadap anda (termasuk tetapi tidak terhad untuk menjalankan penilaian dan pemantauan kredit, pengajian, pelaporan, pemulihan hutang dan sebagainya);
  5. Menerbitkan di dalam iklan Elken, bahan promosi dan saluran komunikasi termasuk di laman media sosial kami;
  6. Memproses penyertaan anda dalam mesyuarat, bengkel, acara atau kempen pelancongan yang dianjurkan oleh Elken;
  7. Menyediakan maklumat-maklumat dan kursus tentang produk-produk dan perkhidmatan, peluang perniagaan kami serta produk-produk dan perkhidmatan daripada rakan kongsi perniagaan kami kepada anda;
  8. Membalas pertanyaan anda;
  9. Menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang yang berkaitan, membantu dalam mana-mana penyiasatan kerajaan atau pihak polis dan/atau mendapatkan nasihat perundangan bagi memastikan pematuhan Peraturan-peraturan Ahli Elken, Kod Etika dan lain-lain dasar serta prosedur; dan
  10. Lain-lain tujuan berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas serta aktiviti Elken.
    (kemudian daripada ini secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”)

Jika anda gagal membekalkan data peribadi kepada kami, atau kemudiannya menarik balik kebenaran untuk kami memproses data peribadi (selain daripada untuk tujuan jualan langsung), kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

Data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada awam, syarikat-syarikat yang berkaitan, penerima lesen, rakan kongsi perniagaan, para ahli, agensi pelaporan kredit dan/atau pembekal perkhidmatan kami untuk mana-mana Tujuan-tujuan atau lain-lain tujuan yang berkaitan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-tujuan. Selanjutnya, data peribadi anda juga mungkin dipindahkan, distor dan diprocess (“Pemindahan”) di negara lain selain negara di mana ia dikumpulkan. Kami memastikan bahawa Pemindahan tersebut mematuhi undang-undang/peraturan perlindungan data privisi yang berkaitan.

Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk jangka masa yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan-Tujuan, melainkan jika tempoh penahanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan. Apabila anda memberi kami data atau maklumat peribadi mengenai orang lain, anda mengesahkan bahawa mereka telah:- (i) memberi kuasa kepada anda untuk bertindak dan menerima sebarang pemberitahuan perlindungan data bagi pihak mereka; dan (ii) memberikan persetujuan kepada Elken dalam memproses data peribadi mereka.

Walaupun kami berusaha untuk menyimpan data atau maklumat anda dengan tepat, anda masih bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sekiranya anda ingin meminta akses atau pembetulan data peribadi anda dan/atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan mengenai data peribadi anda, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-7783 3060 atau e-mel ke customerservice@elken.com.

Sekiranya berlaku percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi-versi lain, maka versi Bahasa Inggeris akan dirujuk dan diguna pakai.

Negara-negara berikut memerlukan maklumat khusus dalam polisi privasinya seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Sila klik untuk membaca maklumat tersebut.

Malaysia

Elken Global Sdn. Bhd. (“Elken”) mematuhi Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan Elken hanya akan menggunakan data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Notis Privasi kecuali persetujuan anda telah diperoleh untuk menggunakannya untuk tujuan lain.

Elken boleh memindahkan dan menyimpan data peribadi yang anda berikan dalam pangkalan data di luar Malaysia setelah mendapat persetujuan anda.

Sekiranya anda ingin mengakses dan atau membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda di bawah Undang-Undang, sila hubungi: –

Pegawai Bertanggungjawab Pegawai Perlindungan Data Peribadi

No. Telefon

+603 7783 3063

No. Faks

+603 7785 9530

Alamat e-mel