Teh Pu-Erh Elken

Tanda Ingatan di Setiap Majlis dan Acara

Page Not Found!

Teh Pu-Erh dikenali sebagai “antik yang bernyawa” kerana nilainya tidak menyusut malahan semakin bertambah dan berharga seiring peredaran masa.

Teh Pu-Erh dihasilkan daripada daun segar (Camellia sinensis var. assamica) yang juga dipanggil ‘Dayeh’ dari Wilayah Yunnan, China.

Keunikan Pu-Erh sebahagian besarnya terletak pada teknik pascapenapaiannya yang menambah aroma sofistkated setelah disimpan lebih lama.

Keadaan dan faktor persekitaran juga mempengaruhi profil rasa Pu-Erh, memberi pengalaman berharga buat penggemar dengan menikmati elemen rasa halus dan lembut, buahan, gambut, floral, kasturi, herba, tanah dan pelbagai lagi.

Kesejahteraan Ratusan Tahun

Pu-Erh menjanjikan pelbagai manfaat kesihatan dan umur yang panjang:

  • Memberi kelegaan perut
  • Membantu mengawalatur aras gula darah
  • Anti-bakteria dan anti-radang
  • Anti-radiasi
  • Melancarkan pencernaan
  • Memberi kesihatan menyeluruh

Sumber: cnfoodsafety

Teh Pu-Erh dihasilkan daripada daun segar (Camellia sinensis var. assamica) yang juga dipanggil ‘Dayeh’ dari Wilayah Yunnan, China.

Keunikan Pu-Erh sebahagian besarnya terletak pada teknik pascapenapaiannya yang menambah aroma sofistkated setelah disimpan lebih lama.

Keadaan dan faktor persekitaran juga mempengaruhi profil rasa Pu-Erh, memberi pengalaman berharga buat penggemar dengan menikmati elemen rasa halus dan lembut, buahan, gambut, floral, kasturi, herba, tanah dan pelbagai lagi.

Kesejahteraan Ratusan Tahun

Pu-Erh menjanjikan pelbagai manfaat kesihatan dan umur yang panjang:

  • Memberi kelegaan perut
  • Membantu mengawalatur aras gula darah
  • Anti-bakteria dan anti-radang
  • Anti-radiasi
  • Melancarkan pencernaan
  • Memberi kesihatan menyeluruh

Sumber: cnfoodsafety

Keunikan 1
Teh Pu-Erh Elken: Hadiah ‘Satu Dalam Sejuta’ Untuk Yang Tersayang Di Hari Bahagia

Ratusan Nama Keluarga

Nama produk ini diinspirasikan daripada ratusan nama keluarga yang simbolik kepada ciri, budaya dan nilai berharga sesebuah keluarga secara turun temurun.

Keikhlasan Dalam Pemberian Yang Diperibadikan

  • Layanan Mesra Dalam Setiap Hidangan – Hidangan teh nama keluarga Elken Pu-Erh untuk mengalu-alukan tetamu, sebagai penghargaan bagi persekitaran tenang. Secawan teh mengembirakan tetamu dalam santai, menjadi pembuka bicara yang bermakna.
  • Teh Keberkatan – Sampaikan salam mesra buat keluarga dan sahabat dengan keunikan nama keluarga yang dicetak pada kotak Teh Pu-Erh. Ekspresi sepenuh penghargaan dan ucapan tahniah penuh ikhlas buat yang tersayang.
  • Hubungan Harmoni Dalam Setiap Hidangan Teh – Pilihan terbaik untuk dijadikan hadiah sebagai tanda “Terima kasih” atau ucapan “Tahniah” sempena majlis khas – sambutan hari jadi, perkahwinan, bulan purnama, ulang tahun, kenaikan pangkat, penghargaan, lawatan perniagaan. Teh bukan sahaja pemberian yang elok, malah melambangkan keikhlasan.
Keunikan 2
Teh Pu-Erh Menjadi Saksi Sepanjang Kehidupan Anda

Teh yang disimpan lama kelamaan bertambah wangi ekoran proses penapaian secara perlahan. Teh Pu-Erh menggambarkan masa, kehidupan dan cerita anda.

  • Hadiah Abadi untuk Perayaan
  • Hadiah Abadi untuk Bayi Baru Lahir
  • Hadiah Abadi untuk Majlis Hari Jadi
  • Hadiah Abadi untuk Perkahwinan
  • Hadiah Abadi untuk Layanan Baik
Keunikan 3
Yayasan Perniagaan Ratusan Tahun
  • Pengalaman penghasilan teh tiga generasi, penghasilan teh Pu-Erh Elken adalah menerusi pemeriksaan kualiti secara teliti melibatkan 86 peringkat, daripada penanaman teh, kepada pemilihan daun sehinggalah proses lain seperti menyejuk, menjemur di bawah sinar matahari, menggulung, menyusun, mengering, pasca fermentasi, mengkaji, mengadun, memampat, membungkus dan banyak lagi, sebelum sampai ke tangan anda.
  • Teh Pu-Erh menjadi lebih wangi seiring kematangannya. Penyimpanan lebih lama, proses penghasilan dan kaedah penyimpanannya akan secara signifikan meningkatkan kualiti dan rasanya, sekaligus menambah nilainya dari semasa ke semasa.
  • Keadaan penyimpanan memainkan peranan penting untuk menghasilkan teh Pu-Erh yang berkualiti tinggi. Ruang penyimpanan khusus diperlukan untuk mengawal suhu, kelembapan, dan pengudaraannya. Teh Pu-Erh Elken disimpan dalam sebuah gudang unik berusia lebih 60 tahun yang dibina dengan menggunakan Alnus C. Burk. Di dalam gudang ini, teh Pu-Erh Elken dijaga dengan baik memandangkan pada peringkat ini, Alnus C. Burk melengkapi daun teh dengan penuh harmoni sekaligus menghasilkan wangian dan aroma yang lebih lembut.
  1. Memetik
    Daun teh dipetik pada masa tertentu untuk mengekalkan kelembutan, kejelasan dan spesis bagi setiap kumpulan daunnya.
  2. Menggulung
    Gabungan kekuatan dan teknik yang muktamad. Daun teh digulung ketat membentuk helaian untuk menghasilkan rasa teh sebenar.
  3. Pengeringan matahari
    Tenaga mentari mengeringkan daun teh secara seragam, memelihara warna, kelembapan dan baunya.
  4. Mengkaji
    Teh terbaik dipilih pakar berdasarkan bentuk, bau dan rasa.
  5. Pengadunan
    Gred berbeza, kematangan dan umur daun teh bergabung menghasilkan kesan sinergi.
  6. Memampatkan
    Daun teh yang dimampat dalam acuan bulat berbentuk pie dengan keanjalan sederhana yang ideal bagi proses matang.
stamp-white
Keunikan 4
Pokok Teh Berusia Ratusan Tahun

Teh Pu-Erh Elken diperoleh di Lembangan Sungai Lancang yang berketinggian lebih 1,800 meter. Daun tehnya yang berkualiti tinggi diperoleh daripada pokok-pokok berusia ratusan tahun dan dipetik secara teliti untuk memelihara intipati serta campuran antara daun dan tunas.

Keunikan 5
Jaminan Kualiti Diperakui Dunia

Teh Pu-Erh Elken melepasi pelbagai pensijilan berwibawa di peringkat dunia untuk jaminan kualiti teh ini.

logo-eco

Pensijilan Organik Kesatuan Eropah (ECO)

logo-ra

Pensijilan Perikatan Hutan (RA)

logo-usda-nop

Pensijilan Organik Amerika (USDA-NOP)

logo-jas

Pensijilan Pertanian Organik (JAS)

logo-gap

Pensijilan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP)

logo-cnas

Pensijilan Organik China (CNAS)

logo-cqc

Pensijilan ISO9001
(Pengurusan kualiti)

Pensijilan ISO14001
(Pengurusan persekitaran)

Pensijilan ISO22000
(Pengurusan keselamatan makanan)

Teh Pu-Erh Elken
Kehebatan Berganda, Kegembiraan Berganda
Nikmati yang Terbaik Dari Dua Dunia!

Penafian: Semua maklumat yang ternyata di sini adalah bagi tujuan pendidikan atau permakluman sahaja. Produk yang ditunjukkan di sini tidak dimaksudkan untuk mendiagnos, merawat, memulih atau mencegah sebarang penyakit atau menggantikan nasihat professional, perubatan yang berlayak. Tidah waranti (nyata/tersirat) diberikan memandangkan setiap individu mungkin akan mengalami reaksi atau manfaat yang berbeza. Memandangkan setiap langkah penjagaan yang munasabah telapun diambile demi memastikan ketepatan maklumat, Elken Sdn Bhd., syarikat-syarikat bersekutunya atau pewakilnya tidak akan bertanggungjawab atau sebarang kesilapan, ketidaktepatan, pengabaian dalam maklumat atau pandangan dan pendapat yang dinyatakan.

Terokai Lebih Produk

Kesihatan & Kesejahteraan