Kesihatan & Kesejahteraan

Kuasai seni keseimbangan dalam kehidupan kontemporari yang dipermudahkan dengan makanan unggul Elken Spirulina!

Page Not Found!

ELKEN SPIRULINA

KKLIU: 0010/2021
Ini iklan produk tradisional

Kesan Kehidupan Kontemporari

Gaya hidup moden dan kehidupan yang sibuk mengakibatkan pemilihan makanan tidak seimbang, kerana ramai cenderung mengambil makanan yang cepat dan mudah didapati namun tidak mempunyai nilai nutrien. Makanan yang diproses, kurang karbohidrat, tinggi kolesterol, tinggi kandungan gula, garam dan lemak adalah sebahagian punca kesihatan dan kesejahteraan hidup kita terjejas secara keseluruhan.

Pemakanan tidak sihat akan mengakibatkan stres, keletihan dan risiko masalah kesihatan lain termasuk penyakit kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, masalah pemakanan selain meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser.

Kisah ELKEN SPIRULINA

Dirumuskan dengan lebih 60 jenis nutrien mengikut sukatan yang betul, Elken Spirulina membantu setiap individu memenuhi keperluan pemakanan harian mereka dengan mudah namun berkesan di samping menjalani kehidupan yang sibuk. Dengan nutrien berkonsentrasi tinggi seperti klorofil-a, beta karoten dan phycocyanin, Elken Spirulina menggalakkan kesihatan optimal. Malah, antioksidan seperti phycocyanin membantu melegakan penyakit radiasi, kerana fungsinya sebagai penawar untuk pendedahan radiasi harian daripada sumber seperti peralatan elektronik.

Tambahan pula, kajian telah menunjukkan manfaat spirulina dalam mencegah keletihan, memperbaiki anemia dan melambatkan penuaan, sambil membekalkan nutrien seimbang kepada tubuh badan.

Jaminan Jenama Elken Spirulina

Elken Spirulina telah dianugerahkan lebih 10 pengiktirafan internasional (antarabangsa) daripada pelbagai badan bereputasi – mengiktiraf kualiti dan keberkesanannya dalam memberikan faedah kesihatan yang optimum.

Dipercayai lebih daripada 20 tahun oleh lebih 1,000,000 pelanggan yang berpuas hati, tidak dapat disangkal lagi bahawa Elken Spirulina sememangnya jenama Spirulina No. 1 di rantau ini.

Rujukan: Tuntutan: “Elken Spirulina- Spirulina No 1 di Malaysia”
Sumber: Euromonitor International Limited, Kategori Vitamin dan Pemakanan; % bahagian nilai runcit, data 2006-2015. Edisi CH2016

Manfaat ELKEN SPIRULINA

Elken Spirulina merupakan makanan beralkali semula jadi yang berasal daripada tumbuhan marin. Ia mengandungi nutrien lengkap dan seimbang, sesuai sebagai tambahan kepada nutrien harian kita yang berkurangan akibat corak pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup yang sibuk.

  1. Mudah dihadam & dicerna.
  2. Bagus untuk penambahbaikan kesihatan menyeluruh.
  3. Mengembalikan daya hidup, meningkatkan pertumbuhan sel otot.
  4. Membantu memperbaiki memori & mengurangkan insiden anemia.
  5. Nutrien membantu memperbaiki sel-sel yang rosak sementara paras pengoksidan yang tinggi melambatkan proses penuaan.
  6. Memperbaiki pencernaan.

Nutrien Seimbang dalam Kehidupan Kontemporari

Elken Spirulina adalah makanan lengkap dengan lebih 60 nutrien dalam sukatan seimbang yang selaras dengan keperluan badan manusia.

Mudah dicerna, ia mengandungi kepekatan nutrien seperti protein (amino asid), vitamin, mineral, karbohidrat, asid lemak, klorofil, beta-karotin, phycocyanin dan xanthophyll untuk menyokong kesihatan yang optimum.

Terokai Lebih Produk

Kesihatan & Kesejahteraan