POLISI MEDIA & INTERNET ELKEN GLOBAL

Dalam kepesatan dunia informasi teknologi hari ini, masyarakat mudah mengakses dan mengesahkan maklumat menerusi Internet (termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, blogs, WhatsApp, eBay, Lelong.com, Mudah.com, forum, chat).

Sebagai Ahli Bebas Elken Global, anda merupakan duta jenama Elken Global kepada umum. Oleh demikian, setiap perkataan dan perbuatan anda akan memberi kesan kepada Elken Global.

Pandangan dan persepsi pelanggan atau prospek terhadap Elken Global dipengaruhi oleh pengalaman mereka bersama anda walaupun syarikat ini sebuah syarikat yang baik, mengamalkan standard integriti yang tinggi serta berpegang kepada sistem sokongan terpuji. Reputasi yang baik adalah sebahagian daripada kejayaan perniagaan anda kerana nama yang bersih pasti menarik kepercayaan dan keyakinan ramai.

Elken Global komited dalam memanfaatkan media sosial bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang jenama/produk, kesetiaan dan sokongan terhadap pelanggan serta Ahli prospektif bagi menggerakkan perniagaan. Polisi ini dibangunkan untuk membantu anda mengekalkan integriti dalam Pengendalian Media Sosial dan Internet.

A. Mewakili Elken Global

Amalan Betul:

  1. Kenal pasti dan perkenalkan diri dengan jelas dan betul sebagai “Ahli Bebas Elken Global” dan muat naik gambar anda sendiri di semua platform media sosial dan Internet.
  2. Setiap maklumat yang anda kongsikan menerusi saluran Elken Global perlulah dinyatakan secara jelas bersumberkan daripada Elken Global.com atau laman Facebook Elken Global.
  3. Pastikan anda mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Ahli Elken Global, polisi, peraturan, undang-undang dan kod penggunaan media sosial dan Internet yang terpakai dalam negara untuk tujuan perniagaan Elken.

Anda Tidak Dibenarkan:

  1. Menyatakan bahawa anda mewakili Kumpulan Elken Global dengan apa cara sekalipun atau mendakwa anda adalah pekerja dan ejen Elken Global atau lain-lain.
  2. Meniru laman web rasmi Elken, laman Facebook, logo produk, jenama atau harta intelek Elken, termasuk tetapi tidak terhad kepada tanda perkhidmatan dan perdagangan serta slogan atau logo tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Elken.
  3. Membeli, menggunakan atau mendaftarkan nama domain, URL atau e-mel yang mengandungi “Elken”, nama produk, slogan, tanda dagangan Elken pada platform Internet dan media sosial.

B. Tuntutan Perniagaan dan Produk

Amalan Betul:

  1. Anda digalakkan berkongsi cerita kejayaan peribadi dan mendedahkan atau memperkenalkan diri anda sebagai “Ahli Bebas Elken Global” dan menyebarkan kandungan-kandungan rasmi dan/atau maklumat dari Elken Global.
  2. Menyatakan dengan tepat berkenaan pendapatan anda berdasarkan maklumat yang didokumentasikan dengan mematuhi undang-undang/perundangan terpakai dan peraturan jualan langsung.
  3. Mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak Elken Global sebelum menyediakan platform sosial dalam talian (termasuk tetapi tidak terhad kepada blog, laman sesawang, akaun Facebook untuk berkongsi pengalaman peribadi anda dan/atau perkongsian pengalaman rangkaian atau sebaliknya) untuk mempromosi dan mengiklankan produk keluaran syarikat, kempen, promosi dan insentif. Informasi yang dipaparkan dan/atau kandungan hendaklah mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Elken Global serta polisi ini.
  4. Menyampaikan kebenaran dan maklumat tepat berkaitan pengawalseliaan dan sokongan kerajaan terhadap kesemua produk keluaran Elken Global.
  5. Mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak Elken Global untuk mengimbas/ mengoyak/ merakam/menyalin dan memaparkan bahan jualan dan pengiklanan Elken Global, termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan-bahan cetakan, kandungan video dan audio Elken Global di media sosial dan Internet.

Anda Tidak Dibenarkan:

  1. Menggunakan kata kunci, teg meta atau sebaliknya yang berkait rapat dengan dakwaan perubatan/produk yang tidak sah atau tidak berasas.
  2. Menyebarkan kandungan sensitif dan berunsur politik di platform media sosial dan Internet.
  3. Muat naik gambar anda atau mana-mana ahli bersama pendapatan/cek atau wang di laman dalam talian untuk mencetuskan tanggapan bahawa Elken Global menjamin kejayaan.

C. Media Relations/Advertisements Hubungan Media/ Iklan

Amalan Betul:

  1. Mendapatkan kelulusan awal daripada pihak Elken Global sebelum menyertai mana-mana sesi wawancara media, memberi maklum balas terhadap pertanyaan media dan mempromosikan produk atau peluang menerusi laporan berita atau penerbitan industri perdagangan.
  2. Mendapatkan kelulusan awal daripada pihak Elken Global sebelum mengiklankan produk-produk Elken Global, kempen atau promosi menerusi pengiklanan dalam talian.

D. Aktiviti Elken Global

Amalan Betul:

  1. Mendapatkan kelulusan awal daripada pihak Elken Global sebelum merakam, memuat naik kandungan video atau audio termasuk tetapi tidak terhad kepada pegawai Elken Global, aktiviti, program latihan, mesyuarat, pembentangan jualan atau mana-mana acara anjuran Elken Global.

E. Harga Produk

Amalan Betul:

  1. Menjual produk kepada pelanggan pada harga runcit (RP). Hanya Ahli sahaja dibenarkan untuk membeli produk-produk Elken Global pada Harga Ahli (DP) dan mereka yang ditawarkan pakej promosi rasmi Elken.

Anda Tidak Dibenarkan:

  1. Mereka-reka, mengiklan atau menawarkan pek percubaan, potongan harga, hadiah percuma, cabutan bertuah atau pakej promosi buatan sendiri tanpa kelulusan awal secara bertulis daripada pihak Elken Global.
  2. Menjual semula produk secara dalam talian, termasuk tetapi tidak terhad kepada Internet, laman media sosial, saluran awam, forum dan blog kerana bertentangan dengan perundangan dan peraturan jualan langsung.
  3. Mempromosikan produk Elken bersama-sama produk syarikat lain atau menggunakan hak harta intelek syarikat lain.

Sebarang pelanggaran terhadap polisi ini boleh membawa kepada penggantungan atau penamatan Keahlian anda.